Labels
Archive
Previous Post
Blog  >  General  >  CAJ POS DAN PENGHANTARAN PESANAN
Next Post

CAJ POS DAN PENGHANTARAN PESANAN

Ain Zara Beauty Shoppe     0 comments


Salam ukhuwah kepada semua pengunjung setia Webshop Ain Zara Beauty Shoppe.

 

Semoga dipermudahkan Allah dalam segala urusan di dunia dan di akhirat kelak. Aamiin. Ain Zara Beauty Shoppe adalah perniagaan atas talian. Pembeli membuat tempahan dan pembayaran, kemudian kami hantar pesanan melalui pos.


Penghantaran dibuat menggunakan khidmat Pos Laju Malaysia. Sebab apa Pos Laju? Sebab khidmat Pos Laju ada merata-rata di seluruh negara. Dari Semenanjung hinggalah ke Pedalaman Sabah dan Sarawak. Malah ke Luar Negara sekalipun. Hantar sampai ke pintu rumah penerima. 

 

Courier lain pun bagus juga. Tapi ada sesetengahnya, khidmat penghantaran masih belum meluas. Khidmatnya cuma dari bandar ke bandar. Kalau penerima berada diluar kawasan liputan, penerima perlu ke pejabat courier sendiri untuk mengambil barang-barang yang dipesan. Ini agak membebankan penerima yang berada jauh di pedalaman. 


Caj pos laju berbeza mengikut berat dan lokasi penghantaran. Berat 1 kg ke bawah, boleh guna plastik prabayar. Manakala 1 kg ke atas guna kotak prabayar. Selepas 1 Oktober 2015, semua pengeposan menggunakan prabayar Pos Laju dikenakan caj tambahan sekiranya berat item melebihi berat yang dibenarkan.

 

Plastik prabayar Pos Laju ada dua warna. Warna Oren dan Warna Biru. Plastik Oren untuk penghantaran dari Semenanjung ke Semenanjung, dari Sabah ke Sabah dan dari Sarawak ke Sarawak. Plastik Biru pula untuk pengeposan dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak, dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung, dari Sabah ke Sarawak dan dari Sarawak ke Sabah.

 

Penerima akan diberi nombor tracking selepas item pesanan selesai dipos. Nombor tracking ini boleh dijejak di http://www.poslaju.com.my/track-trace. Ok, itu saja dulu tentang pos dan penghantaran. Nanti jika ada apa-apa maklumat baru, kami akan kemaskinikan. 

 

Terima kasih semua.

NO Facebook? Comment using your My1STOP account below:

Comments (0)


Login below to comment on this post:

Oops, forgot my password!


About    Catalog    Blog    Contact    Payment    Delivery    Return Policy    Buying    Selling    Widgets   

to top